SKBD PORTAL

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

PELANTIKAN PENGAWAS 2012 & PEMILIHAN KETUA PENGAWAS 2012

E-mail Print

PELANTIKAN PENGAWAS 2012

Keputusan mesyuarat Badan Disiplin & Pengawas, SK Bukit Damansara pada 10 Oktober 2011 telah memutuskan bahawa pengambilan pengawas untuk tahun 2012 hanya akan dilantik dari kalangan murid tahun 2 dan tahun 3 pada tahun ini. Hal ini disebabkan oleh bilangan pengawas yang sudah mencukupi bagi tahun 4 dan 5 yang akan ke tahun  5 dan 6 pada tahun hadapan.

Hanya calon-calon yang tersenarai dalam pencalonan oleh guru-guru kelas akan ditemuduga oleh panel Badan Disiplin & Pengawas. Kriteria pemilihan berdasarkan pencapaian akademik, sahsiah dan kepemimpinan. Calon yang berjaya akan dimaklumkan dan surat makluman kepada ibu bapa akan diberikan. Pelantikan rasmi akan diadakan pada permulaan penggal persekolahan tahun 2012.

PEMILIHAN KETUA PENGAWAS 2012

Pencalonan adalah terbuka kepada semua pengawas tahun 5 pada tahun semasa. Calon-calon yang berminat diminta untuk menyerahkan resume kepada Badan Pengawas & Disiplin sekolah. Seterusnya calon-calon dikehendaki membuat pengucapan awam di hadapan guru-guru. Semua guru akan memberikan merit kepada calon-calon berdasarkan kriteria berikut;

a.       Pencapaian akademik

b.       Kepemimpinan

c.       Sahsiah

d.       Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum

e.       Penampilan

Sepuluh (10) calon akan disenarai pendek, dan akan ditemuduga oleh panel Badan Pengawas & Disiplin. Empat (4) calon akan dipilih untuk tapisan terakhir. Calon-calon ini diberi peluang untuk membuat pengucapan awam pada perhimpunan rasmi sekolah dan pada waktu rehat tahap dua di hadapan murid-murid tahap dua.

Merit akan diberi berdasarkan keyakinan diri, kepetahan berucap, penampilan  dan daya kepemimpinan sepanjang tempoh ini. Keputusan akhir akan diputuskan oleh barisan pentadbir sekolah. Pengumuman untuk senarai jawatankuasa tertinggi pengawas akan dimaklumkan pada permulaan penggal persekolahan tahun 2012.

Last Updated on Tuesday, 11 October 2011 21:53  

Comments  

 
#1 angela1 2011-11-03 13:59
uggs uk
Ugg boots uk
ugg boots sale uk
ugg boots sale uk
ugg boots sale uk
uggs uk
ugg boots uk
ugg boots uk
ugg boots sale uk
ugg boots sale uk
ugg boots sale uk
ugg boots uk
ugg boots uk
ugg uk
 
 
+1 #2 Kyrin 2011-11-09 16:02
We cannot find any information like Ikrar Sekolah and Guru Disiplin 2011 anymore. I miss the old portal. Someone must put it up!
 

Add comment

Security code
Refresh